KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Datuk Mahfuz Omar dan bekas Setiausaha Agung Datuk Dr Mohd Hatta Ramli masing-masing dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023-2026.
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
Muhammad Faiz berkata pelantikan itu disokong sebulat suara dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional (JKP) yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Mohamad Sabu, hari ini.
"Pelantikan jawatan-jawatan pengurusan ini merangkumi gandingan pimpinan berpengalaman dan muda dalam kalangan 27 orang JKP yang dipilih semasa Konvensyen Amanah Nasional yang berlangsung pada 24 Disember lepas," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pada mesyuarat itu, Norhayati Bidin dan Khalid Abd Samad masing-masing mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Pengarah Komunikasi manakala bekas ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya.
Selain itu, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat turut dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Sumber Manusia.
"Bagi mengangkat suara akar umbi, pelantikan Pengerusi Amanah di peringkat negeri akan dibuat dalam mesyuarat Amanah Nasional yang akan datang setelah notis bertulis yang cukup diberikan kepada setiap kawasan Amanah seluruh negara bagi menamakan calon yang sesuai dan layak untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh presiden dan JKP," katanya.
Muhammad Faiz yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia berkata Mesyuarat Amanah Nasional hari ini turut meluluskan kerangka pelan strategi parti yang dicapai menerusi permukiman yang diadakan semalam.
Beliau berkata permukiman tersebut diadakan dengan objektif untuk menguatkan parti melalui agenda mengukuhkan organisasi, membina kemantapan ahli serta mengasaskan identiti perjuangan dan pendekatan politik yang disegani rakyat berteraskan prinsip amanah, adil dan rahmat untuk semua.
Pada pemilihan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang diadakan pada 24 Dis lepas, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dipilih sebagai Presiden Amanah untuk penggal ketiga.
Selain itu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pula dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Dr Siti Mariah Mahmud, masing-masing dipilih sebagai Naib Presiden parti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Mahfuz (kiri) dan Dr Mohd Hatta (kanan) dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023-2026.
Kolaborasi strategik pastikan lepasan institut JKM dapat akses pendidikan tinggi
KPWKM akan melaksanakan kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi pendidikan bagi memastikan lepasan institut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima akses pendidikan tinggi.
MAF 2024 platform iktiraf, perkasa syarikat francais tempatan
Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), mengadakan Anugerah Francais Malaysia 2024 (MAF 2024), baru-baru ini.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini telah selesai melakukan penilaian ke atas lapan stadium di seluruh Indonesia untuk meningkatkan langkah keselamatannya.
Kaedah kerja undi beri peluang sama rata kepada kontraktor
Perolehan projek kecil secara undian memberi peluang sama rata kepada semua kontraktor G1 hingga G4 sebelum layak mendapat tender penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara.
Kerajaan persekutuan salur RM50 juta bagi penganjuran Sukma, Para Sukma
Walaupun jumlah itu lebih rendah daripada yang dimohon sebelum ini, Sarawak harus terus memandang ke hadapan serta menjadi tuan rumah yang baik.
Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan
Perpaduan parti komponen khususnya MIC dan MCA adalah antara perkara utama yang bakal menjadi tumpuan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Johor pada 8 Jun ini.
'Saya tak rasa orang pandang saya di Penang FC' - Muhammad Adib
Pemain pertahanan kiri Penang FC Muhammad Adib Abdul Ra'op yang buat julung kali dipanggil ke kem latihan pusat pasukan negara tidak menyangka kelibatnya telah lama dipantau Kim Pan Gon.
Bagaimanakah kehidupan di Delhi apabila musim panas rekod suhu tertinggi?
Sebuah kawasan di Delhi merekodkan suhu tertinggi 52.9 darjah Celsius pada Rabu. Maka tidak menghairankan, bacaan suhu ini menjadi tajuk berita utama media.
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Malaysia kekal mengungguli senarai 'Destinasi Mesra Muslim Terbaik' dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2024 pada Halal in Travel Awards yang berlangsung di Singapura pada Khamis.
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.